



Semalam saya merasmikan Sambutan Hari Autisme Sedunia di Hospital Tawau. Program ini penting untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap autisme serta menggalakkan sikap lebih prihatin dan inklusif.
Autisme bukan kelemahan. Ia adalah keunikan yang memerlukan sokongan berterusan daripada keluarga, komuniti dan sistem kesihatan. Dengan pemahaman yang betul, anak-anak autisme mampu berkembang dan menyerlahkan potensi mereka.
Saya merakamkan penghargaan kepada Hospital Tawau, para petugas kesihatan, ibu bapa dan semua pihak yang komited membantu anak-anak autisme. Usaha ini amat bermakna dalam membina masyarakat yang lebih penyayang dan menerima.
Kita perlu terus memperkukuh kesedaran ini setiap hari. Setiap anak berhak diberi peluang yang sama untuk hidup, belajar dan berjaya.