
Alhamdulillah, ada berita baik untuk ibu bapa dan anak-anak kita.
Menerusi Belanjawan 2027, Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid. Sedikit tambahan yang diharap dapat membantu keluarga membuat persiapan persekolahan anak-anak.
Seramai 5.3 juta murid bakal menerima manfaat ini dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion.
Lebih daripada bantuan kewangan, penyaluran di sekolah juga membuka ruang untuk ibu bapa bertemu guru dan mengetahui perkembangan anak-anak, demi pendidikan dan pembentukan sahsiah mereka.
Semoga usaha ini dapat meringankan beban keluarga dan memberi semangat kepada anak-anak kita untuk terus belajar serta mencapai cita-cita.