Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Peluang Kedua, Jangan Tutup Ruang Perubahan

Melalui Program Outreach Korektif Peringkat Penjara Tawau, seramai 6 orang peserta telah dilepaskan untuk mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti, dengan pemantauan pihak berkaitan.

Peluang ini memberi ruang kepada mereka untuk menyesuaikan diri semula dengan masyarakat, membina keyakinan dan membuktikan bahawa perubahan itu boleh berlaku.

Kita perlu buang prejudis dan pandangan negatif yang terus menghukum seseorang atas kesilapan masa lalu. Mereka juga manusia yang mahu memperbaiki kehidupan. Mereka juga mampu menyumbang, melakukan kerja amal dan melaksanakan perkara yang bermanfaat kepada komuniti.

Jangan nilai seseorang hanya melalui masa silamnya. Beri ruang untuk mereka membuktikan perubahan.

Kerana peluang kedua bukan hanya tentang membebaskan seseorang, tetapi juga tentang membuka jalan untuk mereka kembali menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.