


Pagi tadi saya hadir mewakili YB Datuk Julita Majungki, Menteri Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, untuk merasmikan 18th International Conference of Asian Academy of Preventive Dentistry (AAPD 2026) di Kota Kinabalu.
Dengan tema “Empowering Communities Through Preventive Dentistry”, persidangan ini menghimpunkan 425 peserta dari 11 negara, termasuk pakar, penyelidik, pengamal kesihatan dan warga akademik untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam memperkukuh kesihatan pergigian pencegahan.
Penjagaan kesihatan pergigian perlu bermula lebih awal dan dekat dengan kehidupan seharian kita. Daripada kanak-kanak di sekolah, golongan dewasa sehinggalah warga emas, kesihatan mulut turut memainkan peranan dalam kesejahteraan dan kualiti hidup.
Lebih penting, ilmu dan hasil kajian yang dibincangkan perlu diterjemahkan kepada tindakan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Kerjasama antara kerajaan, sektor kesihatan, akademia dan komuniti amat penting untuk memastikan usaha pencegahan dapat dilaksanakan secara berterusan.
Saya turut mengalu-alukan kehadiran para delegasi antarabangsa ke Sabah. Semoga sepanjang berada di sini, bukan sahaja ilmu dan jaringan kerjasama baharu dapat dibina, tetapi Sabah juga dapat dikenali dengan kepelbagaian budaya, masyarakat dan keindahan alamnya.
Tahniah kepada pihak AAPD, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta semua pihak yang menjayakan persidangan ini.
Semoga perbincangan sepanjang persidangan ini membawa kepada lebih banyak usaha dan pendekatan baharu dalam memperkukuh kesihatan pergigian masyarakat.